Wednesday, March 25, 2009

Nak Marah ke Nak Gelak???

Baru minggu lepas je tak hang out dengan gang, rasa macam dah lama tak jumpa. Kerja kat opis memang menambun giler. Kesibukan mengatasi segalanya kalau dah depan PC opis nih. I need a break gak la...Hari-hari stayback sampai kul 8pm, tiba umah dah kul 9pm. Sampai ada yang kata, kalau aku resign company boleh tutup la hehehe..


Gila kerja??? Tolong sikit tapi bila ingat dateline...i'm dead la waaaaa.





"jom bowling Mid Valey hari ni" suara dari hujung tali jam 5 ptg tadi.

"hmm aku kalau jadi maybe sampai bangsar around 8.30 kot. Aku kuar opis lepas maghrib"


Serba salah lak nak join ke tak. Badan letih gak. Lagipun malam tadi went to bed around 2am hehehe...naik tren pagi tadi dapat tempat duduk rasa bersyukur yang amat. Apalagi, balas dendam la tidur macam atas tilam Vono...sedar-sedar, just another station is my stop. Tapi nak gak lepak, ambil angin, lepas tension enjoy je la hari ni...

"8.30 terus jumpa kat sana lah. Aku pun kuar lepas maghrib"



" ok la. Pe hal aku signal bila aku sampai'


"ok c u"

Aku pun lepas magrib terus off PC. Sampai bangsar station, cross over for a taxi to Mid Valey. Dari dalam teksi lagi dah call bagitau aku on the way and diaorg baru nak makan terus jumpa kat foodcourt. Perut pun memang lapar.

"korang makan kat mana? aku dah sampai ni.." macam orang lost,aku cari diaorg. Lapar.


"kitaorg kat foodcourt la. ko naik je escalator terus nampak kitaorg tgh makan ni"


" aku dari escalator la ni....tak nampak pun korg? korg makan kat belah mana?"hangin gak la


" la betul2 depan escalator ni...ko kat mana? apa kat depan ko skrg? "nada dia pun macam bengang aje.


"AKU KAT FOOURCOURT YANG KAT ATAS SEKALI NI LA...kat mana lagi...sebelah ni dah exibition hall tu dah"

"apa pulak kat atas skali. Atas tu WARONG..kitaorg kat SIGNATURE..depan Sasa tu"

Aik apasal landmark yang dia sebut macam lain je yang depan mata aku. Warong? Signature? bukan ke lokasinya kat KLCC??!!!! HAH I'm on the other planet!!!


" Ko kata nak main bowling kan?" Lapar ku bertukar HANGIN!!!

"Ko tak baca ke SMS tadi tak jadi. Lepak makan kat KLCC je". Kuang Kuang Kuang

Rupanya diaorg tukar venue ke KLCC instead nak main bowling..huhuuhu. Niat nak foya-foya ladies night out malam tadi bertukar menjadi malam yang amat meletihkan hanya disebabkan handphone aku tak terima SMS. Sengal gak network pioneer ni. Nationwide provider..SMS masuk agak lambat satu jam kemudian. So, just heading back home aje la.


Rasa marah sebab letih office belum hilang tambah lagi letih 'mencari' diaorg. Pedih perut ni macam gastrik pun iye. Habis duit tambang dari bangsar station to Mid Valey and Mid Valey to University station. Nyaris nak marah apek teksi tu sebab dia nak drop aku kat Universiti station. Bukan ke bangsar lagi dekat? Kiranya aku naik tren lagi jauh dua station.Tapi bila dia kata the nearest Putra Lrt yang dia boleh hantar kat university dan jalan lagi mudah dari bangsar sebab hiway.Tak banyak trafficlight. Aku pun kata ok je la... takkan nak rampas steering dia pulak kan. Memang sekejap je samapinya.. Akhirnya sampai rumah hampir jam 10pm. Nasib baik makcik ku itu masak...ikan goreng sayur bendi sambal belacan sudah cukup lazat...Alhamdulillah. Bila dah kenyang, tersandar, aku terpikir balik apa dah terjadi malam tadi aku gelak sensorang... dah la macam rusa masuk kampung, jalan sorang2. Pergi Mid Valey macam pergi kedai runcit Bala kat umah aku tu je...Nak marah pun nak marah kat siapa??? Network provider??? hmmm tak yah ler.... Dr Fadzillah Kamsah pun kata maafkan semua orang sebelum tido...hehehe



Ladies, memang takde rezeki la nak hang out dengan you all malam ni. Bukan salah korg pun nak say sorry kat aku heheh... Mungkin ada hikmahnya...











No comments:

Post a Comment