Monday, March 30, 2009

Our Best Friend Wedding’s


Our Best Friend Wedding’s.
Sonny & Intan
Saturday, 28 March 2009.
R&R Seremban- Semua yang berjanji hari ni nak konvoi pergi bersama dah siap memulakan perjalanan. Walaupun ada yang lambat (aku pun lambat gak heheh). Seminggu virtual discussion nak confirmkan tempat dan masa berkumpul, hadiah yang nak dibeli and green colour code to the ceremony. Finally today is the day for our friend, Sonny bersanding menamatkan zaman bujangnya. Ramai yang tak sangka dengan berita perkahwinannya.

Enam buah kereta berdesup membelah lebuhraya PLUS ke rumah pengantin perempuan di Seremban. Fiza & pasangannya lead the way, Abg Badar & family, Abg Remy & Family, Asseng & Family, Puchong & wife dan aku. Terasa macam reunion of Geng Jahat pulak (untuk aku je la sebab dah lama tak beraktiviti bersama). [note:Trip ni adalah trip tanpa uniform trekking.heheh]

Kereta Asseng-Bandar Seremban
“Ita, tunggu sweeper kita-abg remy tak lepas traficlight tu”

Pusing punya pusing dua kali U Turn asyik tersalah simpang. Aik orang Seremban lead pun sesat hehehe…Akhirnya dalam jam 1.35 petang, sampai la kami di rumah pengantin.
Kedengaran nyanyian dan pukulan kumpulan kopang dari hujung jalan. Pengantin sedang bersanding.

Bagai pinang dibelah dua.

Warna hijau baju pengantin dan pelamin terserlah keceriaan dan kesegaran majlis tengahari tadi. Mempelai bagaikan pinang dibelah dua Masuk je rumah pengantin aku dan Brother Badar dengan kamera masing-masing, jadi cameraman & camerawoman. Akhirnya dapat juga kami melihat Sonny bersanding segak bak pendekar.

Tersipu-sipu muka keduanya. Dari riak wajah Sonny aku nampak muka gembira dan sedayanya cuba mengawal diri dia supaya tak gelak melihat kedatangan kitaorang. Biasalah dia kan Hero Gelak dalam geng kita, especially kalau dia kenakan orang. Kali ni kena duduk baik-baik dengan sopan, tak boleh gelak-gelak.

Meriah !!! Majlisnya sederhana tapi meriah. Kawan-kawan yang lain menjamu selera di hari bahagia Sonny dan Intan.

Makan & borak2 pose bersama pengantin aku, fiza & Pengantin

Dalam kemeriahan itu, ada satu misi kawan-kawan untuk Pengantin. Cuba tengok riaksi muka Brother Badar kita tu menyusun strategi misi tersebut hehehe.


kita perlukan seseorang seperti kau to complete this mission”
“aku akan hantar orang2 aku utk backup dan ‘the thing’ bersama kau”


Apakah misi tersebut??? Berjayakah strategi yang disusun oleh Abg Badar & gang (aku terlibat jugak huhuhu). Hmm ada episode kedua ke nak tahu misi ni?


Setelah kenyang dan selesai berposing bersama pengantin, kami pun meminta diri untuk pulang. Hari beransur petang dan renyai hujan mengiringi lambaian kepada pengantin. Lari-lari anak aku dengan anak-anak Ita. Tak sempat masuk kereta, hujan lebat mencurah. Namun hati lega dapat memenuhi jemputan sahabat kita yang sorang ni.

Kepada Mohd Husainy dan Intan, Tahniah dan Selamat Pengantin Baru…!!!
Semoga rumahtangga kalian beroleh rahmah, mawaddah dan sakinah dariNya.


Terima Kasih juga pada kawan-kawan yang sudi luangkan masa berkonvoi bersama…

Wednesday, March 25, 2009

Nak Marah ke Nak Gelak???

Baru minggu lepas je tak hang out dengan gang, rasa macam dah lama tak jumpa. Kerja kat opis memang menambun giler. Kesibukan mengatasi segalanya kalau dah depan PC opis nih. I need a break gak la...Hari-hari stayback sampai kul 8pm, tiba umah dah kul 9pm. Sampai ada yang kata, kalau aku resign company boleh tutup la hehehe..


Gila kerja??? Tolong sikit tapi bila ingat dateline...i'm dead la waaaaa.





"jom bowling Mid Valey hari ni" suara dari hujung tali jam 5 ptg tadi.

"hmm aku kalau jadi maybe sampai bangsar around 8.30 kot. Aku kuar opis lepas maghrib"


Serba salah lak nak join ke tak. Badan letih gak. Lagipun malam tadi went to bed around 2am hehehe...naik tren pagi tadi dapat tempat duduk rasa bersyukur yang amat. Apalagi, balas dendam la tidur macam atas tilam Vono...sedar-sedar, just another station is my stop. Tapi nak gak lepak, ambil angin, lepas tension enjoy je la hari ni...

"8.30 terus jumpa kat sana lah. Aku pun kuar lepas maghrib"



" ok la. Pe hal aku signal bila aku sampai'


"ok c u"

Aku pun lepas magrib terus off PC. Sampai bangsar station, cross over for a taxi to Mid Valey. Dari dalam teksi lagi dah call bagitau aku on the way and diaorg baru nak makan terus jumpa kat foodcourt. Perut pun memang lapar.

"korang makan kat mana? aku dah sampai ni.." macam orang lost,aku cari diaorg. Lapar.


"kitaorg kat foodcourt la. ko naik je escalator terus nampak kitaorg tgh makan ni"


" aku dari escalator la ni....tak nampak pun korg? korg makan kat belah mana?"hangin gak la


" la betul2 depan escalator ni...ko kat mana? apa kat depan ko skrg? "nada dia pun macam bengang aje.


"AKU KAT FOOURCOURT YANG KAT ATAS SEKALI NI LA...kat mana lagi...sebelah ni dah exibition hall tu dah"

"apa pulak kat atas skali. Atas tu WARONG..kitaorg kat SIGNATURE..depan Sasa tu"

Aik apasal landmark yang dia sebut macam lain je yang depan mata aku. Warong? Signature? bukan ke lokasinya kat KLCC??!!!! HAH I'm on the other planet!!!


" Ko kata nak main bowling kan?" Lapar ku bertukar HANGIN!!!

"Ko tak baca ke SMS tadi tak jadi. Lepak makan kat KLCC je". Kuang Kuang Kuang

Rupanya diaorg tukar venue ke KLCC instead nak main bowling..huhuuhu. Niat nak foya-foya ladies night out malam tadi bertukar menjadi malam yang amat meletihkan hanya disebabkan handphone aku tak terima SMS. Sengal gak network pioneer ni. Nationwide provider..SMS masuk agak lambat satu jam kemudian. So, just heading back home aje la.


Rasa marah sebab letih office belum hilang tambah lagi letih 'mencari' diaorg. Pedih perut ni macam gastrik pun iye. Habis duit tambang dari bangsar station to Mid Valey and Mid Valey to University station. Nyaris nak marah apek teksi tu sebab dia nak drop aku kat Universiti station. Bukan ke bangsar lagi dekat? Kiranya aku naik tren lagi jauh dua station.Tapi bila dia kata the nearest Putra Lrt yang dia boleh hantar kat university dan jalan lagi mudah dari bangsar sebab hiway.Tak banyak trafficlight. Aku pun kata ok je la... takkan nak rampas steering dia pulak kan. Memang sekejap je samapinya.. Akhirnya sampai rumah hampir jam 10pm. Nasib baik makcik ku itu masak...ikan goreng sayur bendi sambal belacan sudah cukup lazat...Alhamdulillah. Bila dah kenyang, tersandar, aku terpikir balik apa dah terjadi malam tadi aku gelak sensorang... dah la macam rusa masuk kampung, jalan sorang2. Pergi Mid Valey macam pergi kedai runcit Bala kat umah aku tu je...Nak marah pun nak marah kat siapa??? Network provider??? hmmm tak yah ler.... Dr Fadzillah Kamsah pun kata maafkan semua orang sebelum tido...hehehe



Ladies, memang takde rezeki la nak hang out dengan you all malam ni. Bukan salah korg pun nak say sorry kat aku heheh... Mungkin ada hikmahnya...