Tuesday, May 26, 2009

Rezeki dariNya yang pelbagai bentuk.

Seringkali kita beranggapan rezeki selalunya dalam bentuk wang ringgit, harta benda dan pangkat. Walhal banyak lagi cabang rezeki yang Allah limpahkan kepada kita yang mungkin kurang kita sedar dan syukuri. Sememangnya rezeki dariNya datang dari arah yang tak diduga.



Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Pada aku (rasanya semua setuju) tubuh badan yang sihat, bersilaturrahim, dapat ilmu yang bermanafaat, dipermudahkan urusan kerja, ketenangan jiwa, itu semua pun rezeki.
Di waktu aku terasa lelah dengan kerja-kerja di office yang tiada habisnya, akhirnya hari Isnin (semalam) aku terasakan satu kelegaan yang amat. Terasa berbayar kelelahan selama ni. Kelegaan ini aku anggap salah satu rezeki.!! Ianya dirasai sebaik saje aku keluar dari bilik big bos petang tu.
Alhamdulillah, Allah telah permudahkan urusan kerja ku bila dapat memberi penjelasan terperinci kepada isu yang timbul. Penjelasan yang dapat difahami dan memuaskan semua yang ada dalam meeting tu.
Semalam juga aku dapat keluar office lebih awal dari biasa. Sempat lah ber'maghrib' di rumah.
Ini juga rezeki dapat balik awal. Alhamdulillah.