Tuesday, June 9, 2009

Bali, Bukit Tinggi, Bandung, Jakarta, Yogjakarta... Jalan- Jalan

" Akak & family pegi Bandung Rabu ni"

"wah seronoknya..boleh I kirim DVD Perempuan Berkalung Sorban? Dua eh"

" Boleh aje...tapi bukan ke you already seen that movie masa gi Yogja? Sampai dua"

"Ha ah. saje nak jual heheheh"

"Nak beli kat mana?"

"Kedai buku Gramedia... actually I dah ada satu."

"Apa yang bestul2 best kat sana yek?"

"Shopping je la"



That was my cousin. She and her sister punya la excited nak pegi, tak terkata.

Last month ada member pergi, aku dah kirim dah novel & DVD tu. My sister lak nak gi lagi lepas raya.


Selalu jek dengar ramai orang nak gi holiday jalan jalan ke Bandung & Jakarta aje. Jarang dengar nak ke Yogja ke Surabaya ke Palembang ke.. Seronok jalan-jalan. Ramai tujuannya ke Bandung/ Jakarta nak shopping.!!! Heaven la pada kebanyakan orang..for me, biasa aje (bukan orang kebanyakan kot, ahaks). Dapat jugak pergi last August. Merasa la jugak. Ada RM, beres!!!





Bandung & Jakarta

Sebenarnya aku ni bukan kaki shopping la sangat. Kalau ingat balik pengalaman pergi Bandung & Jakarta tahun lepas macam kelakar pun ada. Lima hari empat malam kat sana, hari kedua baru nak membeli. Itu pun satu dua je. Member yang sorang tu dah berbeg-beg. Penat kaki berjalan sepanjang Jalan Dago, dari satu factory outlet to another. Orang lain sibuk nak beli branded clothing, aku sibuk cari buku-buku islamic by Taufiqurrahman, Habiburrahman, Faiz El Evanzi and outdoor things ie eiger. Lapan buah buku la jugak. Selain tu pegi Takuban Parahu Puncak, makan mewah kat The Valley. Kat Jakarta Mangga Dua & Tanah Abang...Tanah Abang aku shopping tudung 4 helai je...


Hari ketiga Rupiah banyak lagi. Kat pasar bandung tu dapat gak lah beli kain2 sulam manik tu...telekung ayak mahal skit kat sini

Last day kat sana, shopping last minute. Banyak belikan untuk family member rather for myself.



Bali

Bali was in October 2005, right after a day Kutta kena bom!! Masa tu nak cancel the trip je tapi organiser siap call kedutaan kat sana nak dapat info. Alhamdulillah, selamat sampai. Tiada darurat. Sepanjang malam kat sana asyik la bunyi siren. Ambulan, polisi etc. Best places for sightseeing.. Tanah lot, Bedegul, Mount Kintamani etc... tapi yang tak best tak dapat tengok bandar & pantai Kutta & makan agak susah. Berita pulak tak habis2 tunjuk muka pengebom berani mati tu..ishk ngeri..betul2 kepala putus dari badan,hangus..eeeiii

Shopping tak sangat la kat sini...aku lah. Orang lain tak periksa pulak.

Last day kat Bali, kitaorg sahur kat sini 1st ramadhan... sampai Malaysia berbuka...



Bukit Tinggi/Padang

Pada aku, aku lebih suka pegi Bukit Tinggi/Padang dari Bandung atau Jakarta. Tahun lepas aje empat kali pegi sana. A year before, dua kali. Sampaikan staff Imigresen cam kah muka aku.



What makes me go there very often, hmmm..antaranya



- Cuaca & suhunya yang sejuk...nyaman

-Busana muslimah

-Kain sulam,hasil kerja tangan yang tekun & halus

-telekung etc

-sight seeing-lobang Jepang,

-bakso best

-bapak imigresen tu kot kahkahkah



hmm banyak lagi la...Hah!! dah naik Gunung Singgalang pun! Time ni 1st time trekking kat Indonesia October 2008



Kat Bukit Tinggi, yes aku bershopping!!! 'Hasil tangkapan' lumayan dibawa pulang...RM RM RM.. untung berniaga secara tak sengaja. Sambutan menggalakkan. Boleh cover tiket pergi balik lah hehehe.

Tahun ni belum sampai lagi ke sana. Tungguu...



Solo/Yogjakarta

Kat Solo and Yogja was another experience... aysik la melawat chandi-candi. Menarik tengok senibinanya.

Macam istana pun ada... Antara aktiviti kat sini selain tangok candi-candi dan bershopping sikit2..me & my friend gi tengok wayang berdua je. Citer Perempuan Berkalung Sorban tu le... Tangkap nangis lah...huk huk huk. Dah le tengok movie, beli lagi novelnya.

Semata-mata ke shopping complex tu nak tgk movie tu hehehe. Selain tu dapat merasa mencanting batik.



Setiap trip ke Indonesia lain tempat, lain pulak caranya. Dari orangnya, lifestyle hingga ke makanannya. Sori lah tak sempat nak upload gambar2 my trip semua kat sini. (ada dalam my facebook)

Dah selalu sangat ke Indonesia ni, sampai bos pun siap cakap kat yang lain "tiba2 dapat orang Indon". Cheh!! Ada ke situ .. Baru-baru ni pegi Trengganu naik AirAsia pun ada yang ingat aku pergi Indonesia.


Sememangnya jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman. Ilmu pun iye jugak. Apapun tujuan berjalan ke tempat orang ni, lain orang lain tujuannya. Bukan bershopping semata-mata sebaliknya belajar adat budaya, cara hidup dan alam sekitar ciptaanNya yang mungkin tak sama dengan kat Malaysia ni pada mata kasar kita.