Sunday, August 9, 2009

Berkata-kata lebih dan lebih berkata-berkata


"Apasal malam ni you tak banyak cerita? Selalu pok pek je. Macam pelik lak". Tanya Nana (bukan nama sebenar)dari tempat duduk belakang.

"Berdiam tu lebih baik, Nana. I cakap apa yang perlu je la" jawapan aku dalam nada bergurau. Lagipun badan dah letih sangat malam tu. Cukuplah mereka bertiga saja yang memeriahkan.

"Aik ni mesti baru lepas dengar tazkirah nih...jawapan camtu" Jaja pulak menambah.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Tiada apa yang boleh aku membalas statement Jaja tu, lebih baik diam atau buat-buat tidur dalam perjalanan sampai rumah dan turun dari kereta.


Cuma mencelah sikit-sikit perbualan dalam kereta Malik supaya keadaan tidaklah terasa tegangnya suasana sepanjang perjalanan.
Letih untuk berkata-kata lebih bukan tiada yang mendengar tapi ada mereka yang lebih berkata-kata. Namun belum tentu mereka yang lebih berkata-kata itu lebih pengetahuannya. Berdiam diri lebih baik kerana lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Pedih menusuk. Dan sejujurnya aku letih malam tu. Aku biarkan saja mereka terus berkata-kata. Cuma mendengar.



Cerita punya cerita, asyik saja driver terlepas exit. Waktu semakin hampir. Perjalanan ke destinasi semakin jauh kerana banyak kena U turn. Aku pun silap kerana tidak bertindak sebagai co-pilot. Hmmm siapa yang suruh aku duduk depan?
Aku tersentak bila mereka berterusan berkata-kata dan bergelak bagaikan endah tak endahkan waktu maghrib. Alunan radio dengan lagu rancak, serancak putaran roda kereta yang membelah lebuhraya.. Istighfarku hanya mampu dalam hati. Sedikit kecewa kerana sempat menunaikan di akhir-akhir waktu. Kami berhenti setelah ada pam minyak Petronas. Berhenti untuk solat dan mengisi mintak kereta.
Itulah jadi bila dah ramai berkumpul, selalunya kemeriahan dari mula hingga hujung, bergelak ketawa. Bercerita setelah berberapa lama tak berjumpa hingga melencong dari arah sepatutnya.

Pesan Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi.)



Kata-kata dari Iman Nawawi, ketahuilah, seseorang itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

No comments:

Post a Comment